Sinopsis Nasuha (drama)

Mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah.

Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?